PENGENALAN

Pusat Jagaan Anak Kesayangan Kami (PJAKK) merupakan rumah kebajikan yang menaungi seramai 40 orang anak fakir miskin, anak-anak dari Broken Family dan juga golongan asnaf zakat (yang layak menerima zakat).

PJAKK adalah di bawah naungan Yayasan Kebajikan & Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) dengan nombor pendaftaran 4700/90 (Selangor). Para pelajar ini belajar di sekolah rendah kebangsaan yang berdekatan, fungsi rumah amal ini ialah menyediakan kemudahan asrama selengkap yang termampu, mengendalikan makan minum pelajar, menyediakan peralatan dan pakaian sekolah.

Di dalam mengusahakan pembentukan mereka sebagai generasi bertaqwa yang cemerlang kami akan sentiasa memastikan anak-anak ini tidak terabai pendidikannya. PJAKK mengambil inisiatif untuk menerapkan system pendidikan berasaskan akedemik, diniah atau agama dan kemahiran. Di samping itu, program motivasi dan kaunseling juga diberi penekanan di dalam menyubur jiwa dan minda anak-anak ini agar sentiasa optimis di dalam mengubah nasib mereka sendiri.